Sunday, 14 October 2012

Revolution Or Reformation?


Teringat zaman anwar ibrahim melaungkan reformasi. seolah2 lanskap politik malaysia akan terus berubah dan manusia2 yang mengagungkan anwar sgt berharap agar dia menjadi pemimpin menggantikan regim yang ada. namun usaha anwar ibrahim semakin tergelincir dari landasan dan dia dah semakin hilang grip sebagai ketua pembangkang skang apabila dia disibukkan dengan kes liwat yang tak habis2.


Bila cakap soal reformasi, pernah tak kita terfikir, boleh ke reformasi mengubah sesuatu keadaan? masa bila nak guna reformasi dan masa bila tak sesuai nak guna reformasi? masa bila pulak utk berevolusi dan masa bila tak boleh guna revolusi? atau kita sekadar jadi pengikut2 yg menunggu masa utk jadi beruk2 yang melompat2 keseronokan time demonstrasi. lepas demonstrasi skit, baling tear gas balik kat fru, balik rumah, esoknya berjalanlah balik sistem yg korup macam biasa, dengan muka baru. muka baru yang kita harap, sanjung dan puja.


Reformasi atau reformation atau re-form yg bermaksud mengubah kepada keadaan asal atau mengubah kepada bentuk yang lain. pada bahasanya adalah sedemikian rupa. namun pada perlaksanaan dan implementasinya kita dapat lihat bahawa reformasi bertindak sebagai suatu keadaan untuk membaik pulih keadaan yang rosak, seperti mana yang dipercayai oleh tokoh2 reformasi dan pendukung2 reformasi di seluruh dunia. mereka mempercayai bahawa dengan bertukarnya seorang pemimpin, maka perubahan akan berlaku dalam sistem yang mana pastinya seorang tokoh reformasi akan menjanjikan dengan segala janji2 manis agar ideanya dilantik sebagai penguasa.

Hakikat reformasi jika kita telusuri dengan akal yang waras adalah, perubahan yang berlaku hanyalah perubahan yang bersifat sementara atau perubahan yang hanya pada ‘kulit’ namun pada dasarnya masih tetap sama. kebanyakan reformasi yang berlaku, tidak mengubah sistem yang sedia ada malah hanya menukar dari 1 regim kepada regim yg lain.

Muka pejuang reformasi itu mungkin berubah, namun sistemnya tetap sama. jika diperhatikan Malaysia sebagai contoh, apakah perubahan yang besar yang akan berlaku sekiranya anwar ibrahim mengambil alih tampok pemerintahan daripada kerajaan BN yg ada sekarang? mungkin beberapa perubahan yang pada mata kasar nampak besar seperti mengurangkan harga minyak dan memansuhkan ISA. namun kita perlu perhatikan dengan jernih bahawa Malaysia adalah negara yang menganut fahaman kapitalisma. dengan bertukarnya pemimpin daripada najib kepada anwar ibrahim sebagai contoh, apakah kapitalisma akan hilang bersama penggantian najib? atau adakah dengan naiknya anwar, akan membawa kepada suatu nafas baru kapitalisma ala anwar ibrahim??

Sebab, dasarnya tetap sama. perlembagaan persekutuan dan kapitalisma. adakah dengan pemansuhan ISA dan diturunkan harga minyak, akan menjadikan Malaysia sebagai negara kapitalis, lebih sejahtera daripada sebelumnya?

Sejarah telah membuktikan bahawa pengangkatan tokoh baru dengan sistem pemerintahan yang sama hanya mensejahterakan rakyat pada awal pemerintahan dan pemerintahan itu lambat laun tetap akan menjadi seperti regim sebelumnya dengan gaya baru dan kaedah baru dalam menipu dan menindas rakyat.

Kita boleh menilai sendiri dengan menjadikan amerika dan britain sebagai contoh bapa kapitalisma dan bapa kebebasan. mereka mendakyahkan kebebasan dan demokrasi namun dalam masa yang sama, mereka sendiri merompak hak2 rakyat mereka dengan cara yang tersendiri.  dengan kebebasan yang mereka dakyahkan, tanpa ISA kononnya, mereka tetap mempunyai akta2 rahsia yang membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara. malah dengan declaration mereka sebagai polis dunia, mereka membina penjara2 khas di negara2 tertentu yang digunakan untuk menyiasat dan menyiksa tahanan2 pemuda Islam untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.



Mereka menanam cip dan alat2 pendengaran untuk mengintip perbualan rakyat mereka. mereka menggunakan sistem biometrik, pengesan muka dan tubuh untuk memastikan setiap maklumat dapat digunakan dan diceroboh apabila keadaan mendesak! maka, apakah berubahnya daripada seorang pemimpin, dengan gaya tersendiri, kepada pemimpin yang lain dengan gaya yang berbeza, yang masih memerintah dengan sistem yg sama akan mensejahterakan manusia dibawah sistem pemerintahan tersebut?

Pokok pangkalnya adakah reformasi itu sendiri akan benar2 mengubah keadaan rakyat? ini adalah persoalan yang perlu ditanyakan bagi pendokong reformasi.

kapitalisma(lama) = pemimpin A x pemimpin B = KAPITALISMA (BARU).

So pada perbincangan sebentar tadi jelas bahawa reformasi adalah suatu bentuk perubahan yang tidak mendasar dan hanya akan kembali kepada permasalahan yang sama, gaya baru.

Jadi, mari kita perpanjangkan perbincangan ini kepada perbincangan mengenai revolusi. apakah revolusi suatu perubahan yang dapat mengubah sesuatu dasar ataupun akhirnya sama dengan reformasi?

Revolusi, seperti kita semua sedia maklum adalah perubahan mendasar yang akan mengubah daripada suatu sistem kepada sistem yang lain, dengan pemerintahan yang lain. as an example daripada zaman dark ages berlaku bermacam bentuk revolusi yang menukar auto-theocracy kepada sistem kapitalisma dan kebebasan. ini adalah pertukaran sistem berbentuk revolusi yang menukar sistem lama kepada sistem lain yang baru.

terlalu banyak revolusi yang berlaku di dunia hari ini. pada zahirnya memang kita bersetuju bahawa revolusi adalah satu2nya jalan perubahan yang dapat mengubah suatu sistem kepada sistem lainnya yang mungkin akan mensejahterakan rakyat.

Namun, in realiti, cuba kita perhatikan dengan teliti revolusi2 yang berlaku di seluruh dunia daripada zaman dark ages hingga hari ini yang baru2 ini melibatkan tanah2 arab. daripada pemerintahan kuku besi bangsawan dan gereja, manusia memilih kebebasan. daripada kebebasan, manusia memilih kesamarataan. dan daripada kesamarataan, manusia memilih kebebasan kembali gaya baru, dan disulami dengan gaya kesamarataan. theokrasi->capitalism->komunism->capitalism+welfare state communism.


Semua revolusi mengarah kepada perubahan yang kiranya “pi mai pi mai tang tu”. kalanya manusia bosan dengan kuasa agama, tukar kepada kebebasan. bila dah bebas, mula nak menindas. bila dah tension, masuk pula kepada kesamarataan komunisma. bila dah samarata, big boss pula yang mewah, cakap tak serupa bikin.boleh bunuh orang sana sini, genocide and ethnic cleansing. bila dah nampak gayanya memerintah tak macam manusia normal, ubah pula kepada kebebasan, cuma kali ini kebebasan dicampur aduk coz kebebasan itu tak dapat juga nak menjamin nasib semua orang. akhirnya selepas ini apa lagi? capitalism+welfare+teokrasi? back and forth, sistem yang sama.

kita tidak nafikan, kita memerlukan sistem. siapa kata manusia tidak memerlukan sistem, pada aku memang dangkal.sistem adalah pengaturan. semuanya ada sistem. itulah cara alam dan manusia ini wujud dan terus bergerak. banyak aktivis dan ilmuan anarchism, communism berkomentar tentang rosaknya sistem dan sistem seharusnya dihapuskan. adakah benar? anarchism berhujjah dengan padangan power corrupts best. kuasa memang mengkorupsikan jika disalah guna. namun, bagaimana kuasa yang diguna utk kebaikan? adakah suatu perkara yang mungkin utk manusia hidup tanpa sistem dan kuasa untuk mengatur? kita tak boleh nak sandarkan semua perbuatan pada “mutual respect” atau saling hormat menghormati.

Dunia sebagaimana kewujudannya, manusia yang mendiaminya mempunyai pelbagai ragam dan akal fikiran. bukan semua orang dilahirkan dengan pemikiran yang baik. sememangnya ada yang tindak tanduknya menjurus kearah jenayah dan kerosakan. bagaimana kita nak atur kepelbagaian dn keragaman manusia jika kita mengharapkan semuanya faham “mutual respect”? in realiti ramai yang tak respect orang lain. jangankan sesama orang lain, sesama ahli keluarga sendiri pun takde mutual respect. inikan pula nak diwujudkan idea mutual respect dalam kepelbagaian bangsa, ethnic, budaya dan agama? jika kita perhatikan secara saksama, mutual respect sememangnya tak dapat dijadikan sandaran untuk membentuk masyarakat dunia yang aman daripada penindasan dan kezaliman.

Back to back, mestinya sebuah sistem pemerintahan yang adil dan pemerintah mestilah daripada orang yang baik dan adil. adakah wujud sistem dan pemerintahan sedemikian? kita akan bincangkan dalam topic yang lain.

Persoalan yang ingin dibangkitkan dalam segmen ini adalah, revolusi atau reformasi. apabila kita berjaya sampai kepada suatu kefahaman bahawa reformasi hanyalah penukaran seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain, memerintah dengan sistem yang sama, maka kita simpulkan bahawa reformasi boleh digunakan untuk membaiki pemerintah dan penguasa yang korup, dalam sistem yang baik. revolusi pula berguna bagi menukar sebuah sistem yang rosak kepada sistem yang baik.

Realiti hari ini, revolusi berlaku namun revolusi berlaku hanya untuk menumbangkan suatu autokrasi kepada sebuah democracy yang didalamnya tetap menindas. perhatikan realiti politik dunia. negara mana yang berubah sistemnya daripada komunis, autokratik kepada democracy/capitalism berubah menjadi negara yang lebih baik daripada sebelumnya?

Kita tak boleh nafikan bahawa didalam sistem autokrasi juga berlakunya pembangunan. didalam komunisma/sosialisma juga berlakunya distribution of wealth. Didalam kapitalisma manusia bebas berbuat apa sahaja. Tetapi apakah ini semua boleh dijadikan sebagai tolok ukur tingkat kesejahteraan manusia? Sudah terbukti tidak!! Negara paling demokratik juga menindas rakyatnya. berbagai akta yang mengambil hak rakyat juga digubal bagi memudahkan pemerintah menindas rakyatnya secara indirect. dalam keadilan pembahagian harta, komunisma juga menindas dengan sifat kuku besinya yang mana arah tuju rakyat semuanya ditentukan oleh negara. negara autokratik juga begitu.

Persoalan seterusnya, revolusi semacam apakah, yang ingin kita jalankan, dan sistem bentuk apakah yang ingin kita gantikan selepas revolusi ini? inilah persoalan yang perlu kita pertannyakan pada diri kita, para2 pejuang yang ada diluar sana, yang tengah membaca penulisan ini dengan sabar. apakah kalian fikir dengan memangkah parti hijau, biru atau merah dalam sistem yang sama akan mensejahterakan kalian di masa hadapan? mungkin ya, mungkin tidak. ikuti perkembangan politik dan perhatikan apa yang berlaku.


Revolusi yang bagimana ingin kita organize? revolusi ala french revolution? cuban revolution yang melibatkan pertumpahan darah yang banyak? yang pastinya ramai diantara kita yang tak berani utk revolusi seperti itu. selepas revolusi, sistem apakah yang ingin kita terapkan?auto+theo+democracy+welfare socialist=huru hara caca marba?

Fikirkan ayat2 terakhir aku “all manmade system are just a worthless pile of shit!! man does not need another man to dictate them.”……

No comments:

Post a Comment