Sunday, 21 October 2012

Truth or Freedom?


Bebas. 1 perkataan yang didambakan oleh setiap anak muda dan pejuang yang mengalir didalamnya darah untuk hidup tanpa kongkongan. ramai dikalangan pejuang2 kebebasan melaungkan slogan ‘freedom’ sebagai slogan perjuangan mereka. hakikatnya, adakah kebebasan yang kita inginkan? atau kebenaran?




Bila bercakap soal kebebasan, adakah dikira suatu kebebasan mencaci maki orang lain? menghina orang lain? mengambil hak orang lain tanpa izin? rip off? jika tetap pada pendirian untuk memperjuangkan kebebasan, aku katakan bahawa berhenti daripada berjuang, kerana perjuangan ini adalah sia2. kenapa? kerana, jika kalian berpijak pada kebebasan, maka biarkanlah para kapitalis menindas orang2 lemah kerana orang2 lemah itu rela diri mereka ditindas. sebanyak2 industri kapitalis yang wujud sama ada mcdonalds, nike etc, semuanya terkenal dengan penindasan terhadap hak pekerja. namun jutaan manusia masih redha bekerja dengan mereka. malah, tanpa kewujudan industri2 mereka, mungkin masih ramai di luar sana yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. lihatlah industri2 yang wujud dimana2 di tanah air ini. ribuan dan jutaan manusia mendapat manfaat daripada bekerja dengan syarikat2 kapitalis yang menindas. dan mereka tidak pernah merungut walau sekelumit kuman!

jadi, apakah kebebasan yang ingin kita peruangkan ataukah kebenaran? bila bercakap soal kebebasan, masing2 mempunyai standard masing2 dalam menakrifkn kebebasan. begitu juga kebenaran. pada sesetengah orang, walaupun perbuataannya jahat, tetapi dia tetap menganggap dirinya benar, sebagaimana sang kapitalis yang sentiasa menindas. mereka tidak pernah rasa bersalah dalam menindas. malahan mereka beralasan sebagaimana aku telah jelaskan dalam perenggan sebelumnya.

Namun, jika kita ingin standardkan kebenaran itu diatas 1 standard yang boleh diterimaa pakai oleh semua manusia, standard itu mestinya datang daripada bukan manusia. standard org malaysia tak sama dengan standard org indonesia. standard org amerika tak sama dengan  france. standard melayu tak sama dengan standard bangla. jadi, dalam kepelbagaian ragam manusia, standard apakah yang perlu dan boleh kita guna supaya kelak, tidak terjadi pertentangan sesama manusia? semestinya standard yang ditetapkan oleh selain daripada manusia apakah yang layak utk tetapkan standard itu? tenuk? cipan? lintah bulan? monkey king?

Standard yang adil dan layak dipakai oleh semua manusia adalah standard daripada Penciptanya. agree?? kita umpamakan manusia sebagai BMW. jika bmw rosak, cubalah perbaiki bmw itu dengan manual daripada proton. aku rasa mungkin ok. boleh jalan. tapi selepas beberapa ketika, sure lingkup terus bmw tu. sebab apa? sebab pakai manual proton saga yang langsung tak sesuai dengan standard of operation bagi bmw. jadi untuk pastikan bmw terus berjalan lancar tanpa masalah, manual apa yang perlu kita pakai? semestinya manual bmw juga, yang dicipta oleh penciptanya.

Bagaimana dengan manusia yang telah kita andaikan dengan bmw tadi? Ada sesiapa yang tengah membaca blog  ini daripada org yang mengaku dirinya keturunan beruk? kalau ada, sila jangan baca blog ni kerana blog aku tak layak dibaca oleh keturunan beruk!! sorry to say. semua org mengakui bahawa manusia diciptakan Tuhan.

Jadi, untuk melangsungkan kehidupan sehariannnya, meneruskan perjuangannya, bukankah standard Penciptanya yang perlu digunapakai agar tidak akan berselisih sesama manusia? Apa manual manusia dan alam seluruhnya? Quran dan Sunnah.

So, bila bercakap soal memperjuangkan kebenaran, pastikan ianya daripada 1 standard yang takkan bias atau merosakkan. pastinya standard itu datang daripada Pencipta. Pencipta bagi manusia tidak lain adalah Tuhannya. hanya manusia yang bodoh dan sombong akan menafikan kenyataan manusia perlu diatur oleh Penciptanya. kerana apa? kerana ini adalah 1 proses yang alami,laws of nature. yang dicipta perlu beroperasi dengan manual Penciptanya. jika tidak, suatu yang pasti bagi ciptaan itu adalah, ianya pasti akan menghadapi kehancuran dan kerosakan.

so think about it. korang nak perjuangkan kebebasan yang atau kebenaran. kebebasan, pastinya akan menjurus kearah kerosakan.nak bebas setakat mana? apa takat henti bagi kebebasan? jika tiada, maka apa beza kalian dengan haiwan? mungkin disebabkan perjuangan kepada kebebasan itu tiada titik henti maka kita menyaksikan kerosakan dan kehancuran eropah dan amerika dan negara2 yang mengikuti mereka. buatlah kajian. kajilah fakta politik, sosial dan ekonomi negara2 yang mengagungkan kebebasan. apakah kebebasan benar2 memberikan kesejahteraan kepada mereka?




Jika kebenaran yang dipilih, standard kebenaran siapakah yang ingin korang pakai? berani kerana benar. pepatah melayu yang best. namun dah ramai yang taknak pejuangkan kebenaran tapi nak pejuangkan kebebasan. akhirnya apa jadi? yang benar dan yang salah pun dah kabur. akhirnya jadilah mereka seperti haiwan yang tidak berpedoman. free sex, drug addiction, alcohol abuse, economic oppression. war, sexual trasmitted diseasedan banyak lagi gejala kerosakan manusia yang berlaku. semuanya ini adalah natijah daripada perjuangan berlandaskan kebebasan.

Sahabatku, berjuanglah untuk menegakkan kebenaran. carilah kebenaran itu kerana kebahagiaan sejati dan hakiki adalah dengan memperjuangkan kebenaran. kebenaran atas standard siapa, pastilah kebenaran standard sang Pencipta yang takkan bias sampai bila2…

by ergo proxy

No comments:

Post a Comment