Baru-baru seorang aktivis pendakwah Palestin, Syeikh Raed Solah, orang yang pertama menjumpai terowong rahsia Yahudi di Masjidil Aqsa untuk mencari sejarah Kaum Yahudi yang hilang, telah datang ke Malaysia dan ditemubual oleh wartawan MW “Apakah peranan umat Islam khususnya di Malaysia untuk membantu mengembalikan Palestine kepada yang berhak?”
Jawapan Syeikh Raed Solah, “Menerusi projek tentera zionis dahulu langkah pertama yang mereka ambil adalah menjatuhkan Khalifah Uthmaniah yang ketika itu kerajaan Islamnya mempunyai kesatuan yang kukuh dan mereka melihat kesatuan ini sebagai kekuatan umat Islam. Apabila umat Islam telah berpecah belah dan hanya memikirkan isu Palestin untuk Palestin semata-mata, ini akan menyebabkan kekuatan, kegarangan mahupun kehebatan umat Islam telah lenyap sekaligus memperlihatkan kejayaan agenda Zionis di dalam Negara umat Islam. Kesatuan umat Islam inilah kejayaan dan kegemilangan kita didunia dan akhirat.” [MW:1508]
Kesatuan umat Islam sangat tangguh bilamana ada penjaganya iaitu Khalifah yang menguruskan hal-ehwal kaum muslimin dan seluruh manusia didunia ini dengan system al-khilafah. Pernah orang Yahudi meminta keizinan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamid untuk membeli Palestin.
Persis seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali, “Ad-Dînu ussun wa as-sulthânu hârisun (Agama adalah asas dan kekuasaan [Khilafah] adalah penjaganya). Memang benar ada negara, tetapi negara-negara yang ada di Dunia Islam saat ini semuanya merupakan negara sekular, yang adanya memang bukan untuk menjaga Islam.
--Pengasas Yahudi, Theodor Hertzl pernah ingin membeli Tanah Palestin untuk menempatkan Bangsa Yahudi disana. Beliau cuba memberi berbagai rasuah kepada khalifah tetapi semuanya ditolak, bahkan khalifah tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan:
"Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.--
Lihatlah bagaimana khalifah terakhir mempertahan tanah Palestine.....
Jom tegakkan Khilafah!
Wassalam
No comments:
Post a Comment